Pembunuhan bermotif politik mungkin sebelum ini sangat jarang di negara kita. Kalaupun ada, ia barangkali disembunyikan dengan sangat rapi. Saya pernah mendengar lagu-lagu dari kaset Ito Blues Gang sekitar zaman reformasi 1998 dulu. Ya, album lagu Ito bersama Keadilan pernah dikeluarkan. Terkandung empat buah lagu di dalamnya, yang sangat sedap didengar. Ada sebuah lagu bernada sedih yang dinyanyikan Ito tentang Jalil Ibrahim. Sangat sayu dan mendayu-dayu, apatah lagi dikeluarkan dari suara Ito yang serak-serak basah itu. Siapa Jalil Ibrahim, saya tidak tahu. Tapi saya boleh ingat bait-bait lagu itu sedikit-sedikit.
Jalil Ibrahim yang tahu
Segala rahsia itu
Belum sempat dia pulang
Dibunuh dalam kebun pisang
Inilah segala punca
Kemusnahan kian terasa.., woo oo!
Musnahlah segala bukti
Apa sebenar yang terjadi
Beliau, Jalil Ibrahim barangkali seorang tokoh yang tinggal di luar negara, memegang rahsia besar yang boleh menggugat kerjaya seseorang tokoh politik, lalu mahu pulang ke tanah air untuk mendedahkan rahsia tersebut tetapi sebelum sempat melakukannya beliau telah dibunuh.
Entahlah, itu telahan saya sahaja. Mungkin ada di antara anda yang tahu?
2 comments:
Salam,
Generasi saya tentu ingat dnegn Jalil Ibrahim. Juruaudit yang dibunuh di Hong Kong ketika menyiasat kes skandal BMF dan Carrian Group.
Sehingga kini, kes itu masih jadi misteri.
Jalil Ibrahim lambang pejuang rasuah dan ketidaktelusan.
Selepas saya tulis entri ini, saya google nama Jalil Ibrahim dan berhasil dapat gambaran kasar tentang peristiwa kematiannya.
Ya, Jalil seorang pejuang melawan rasuah dan ketidaktelusan.
Terima kasih, Encik Jiwa datang ke sini. Saya sangat menghargainya. :)
Post a Comment