Zionis Israel sebenarnya sedang menguji seburuk mana kesan yang bakal dihadapi umat Palestin lewat sekatan yang dikenakannya. Berapa ramai yang mati, ramai mana jadi pelarian, hebat mana demonstrasi dalam negara, sekuat mana tekanan antarabangsa dan lain-lain, sebelum membuat tindakan lebih agresif. Mereka menunggu sehingga pada satu tahap, umat Palestin menyembah mereka. Selepas Palestin, sasaran seterusnya ialah dunia.
Pada akhir zaman, lewat cerita-cerita yang kita dengar, Dajjal akan bertindak serupa. Dia akan menguasai segala sumber air, makanan, bank, elektrik, minyak, internet, cuaca malah segala-galanya dalam dunia dan harga yang perlu kita bayar jika mahu mendapatkannya ialah berpaling tadah dari Tuhan. Na’uzubillah!
Seperti yang pernah saya tulis dalam entri lalu, kekuatan fizikal sahaja tidak cukup malah tidak berguna jika mahu berdepan situasi sebegitu. Dari seorang rakan jemaah Tabligh, “Pada zaman Dajjal, orang beriman hanya makan zikir”. Nasi sudah dikuasai Dajjal.
Zionis ialah manifestasi Dajjal. Kita tidak kuat menghadapinya dengan fizikal, mental dan intelektual. Satu-satunya senjata ialah iman.
No comments:
Post a Comment