Monday, January 07, 2008

Suratkhabar Semalam

Membaca Mingguan Malaysia semalam seperti membaca Mingguan Najib. Memuatkan gambar dan berita tentang Najib pada keseluruhan mukasurat 2 selain sebahagian mukasurat 1 nampak sangat berniat menonjolkan kebaikan TPM itu sebelum SPR meniup semboyan pilihanraya. Untuk lebih sensasi, mukasurat 3 pula dipenuhi berita tentang Hishamuddin, selain satu sahaja kolum untuk Datin Seri Jeanne, isteri PM sebagai cukup syarat atau supaya tidak nampak sangat. Apakah lagi yang boleh dikatakan tentang keadaan ini selain manipulasi media oleh duo Najib-Hisham selain pengarang akhbar yang telah hilang wibawa?


No comments: