Monday, January 21, 2008

Kekuatan

“Apabila kita tua, yang membuatkan kita sihat bukanlah kerana kekuatan fizikal tetapi mental”

Itu kata kawan saya, ketika kami sama-sama berpenat-penat fizikal dan mental sepanjang lima hari yang lalu. Sebab itu, fikir saya, selain kepentingan membina kekuatan dan ketahanan fizikal melalui senaman, jogging dan sebagainya, kekuatan dan ketahanan mental, intelektual juga lebih-lebih lagi perlu dibina. Fizikal kita akan merosot tetapi mental, intelektual dan satu lagi yang lebih penting, spiritual, tidak. Maka pembinaan unsur-unsur ini dalam diri adalah penting dan genting.

Ah, itu sahaja idea saya hari ini. Intelektual saya perlu diasah. Dah tumpul.

No comments: