Monday, March 24, 2008

DAP Perlu Berubah

DAP sebagai sebuah parti yang mendapat sokongan besar orang Melayu, Cina dan India dalam PRU 13 yang lalu perlu secara serius membuktikan dirinya bersih seratus-peratus dari sebarang unsur chauvinistic kecinaan dan kekristianan. Ini kerana beberapa perkembangan selepas pilihanraya yang lalu memberi sedikit petunjuk akan ketidaksediaan DAP (yang menganggap partinya bersifat rentas kaum) dalam membuang sentimen Cina yang telah kuat mengakar dalam diri parti itu.

Arahan boikot majlis angkat sumpah MB Perak dari PAS (walaupun maaf sudah dipinta, tetapi sejarah tidak dapat dipadam) adalah satu bukti yang sangat mencolok mata selain isu songkok; menimbulkan keraguan kepada khalayak adakah begini sifatnya parti yang bercita-cita besar mahu membawa agenda perubahan besar kepada negara? Selain dua isu ini, sebenarnya masih ada banyak isu-isu di mana DAP mewalangkan hati saya. Tetapi saya harap selepas ini dalam permuafakatan Barisan Rakyat, DAP mampu berubah, selain berbicara soal perubahan.

Sebagai rakyat (yang turut memberi undi kepada DAP), saya mahu DAP yang lebih mesra Islam dan mesra Melayu. Lim Guan Eng seorang tidak cukup meyakinkan saya.





1 comment:

Anonymous said...

Saya berkenalan dengan seorang pemuda Hokkein yang memeluk Islam 3 tahun yang lalu. Beliau meluahkan rasa kecewa(sangat kecewa dan marah) dengan orang Melayu yang (majoritinya) telah lama menanut agama Islam. Mungkin sahaja beliau perlu melanjutkan kekecewaan itu kepada kebanyakan umat Islam di seluruh dunia.

Bukan salah 'mereka' sahaja memusuhi Islam. Sikap umat Islam itu sendiri menyumbang kepada salah faham terhadap Islam.

Sudah sampai masanya umat Melayu berhenti me-milik-bangsa-kan Islam.