Saya terasa seperti hendak menangis!
Entahlah, mungkin saya kelihatan seperti entah apa-apa, sedih isteri tiada di rumah. Kawan saya sudah pun mengusik, “Engkau dah “bujang” balik,” tapi hakikatnya saya berasakan “bujang” itu tidak seronok.
Pagi-pagi tadi dari Tangkak ke tempat kerja di Pelabuhan Klang, kereta yang saya pandu hampir terbabas apabila terlanggar serpihan tayar lori yang besar, yang melintang di atas jalan. Bedebup! Gelap pagi tidak mengizinkan deria penglihatan saya mencerap fizikal serpihan tayar itu dengan baik, melainkan apabila kereta saya telah begitu hampir dengannya, apabila memilih untuk mengelakkannya bukanlah satu pilihan yang selamat. Hentian sebelah Bemban betul-betul di depan dan saya tidak berkira-kira untuk berhenti melihat apa mudarat yang telah berlaku pada kereta saya. Mud guard tayar depan kanan telah koyak, rebeh dan akan bergesel dengan tayar semasa bergerak. Di hentian itu rupa-rupanya ada mangsa lain yang juga telah melanggar serpih tayar seperti saya. Saya ditegur seorang lelaki India (bukan Lelaki Ini) yang skirt tepi Protonnya pecah sedikit akibat berlanggar juga.
Sehingga saya tiba di Klang, mud guard tayar saya yang rebeh itu hanya diikat dengan tali rafia sahaja, yang saya jumpa di hentian sebelah Nilai. Sebelum itu, saya mengikatnya menggunakan penyedut minuman (straw) yang saya jumpa di atas tanah di hentian Air Keroh.
Sewaktu makan tengah hari di kantin pejabat sambil berbual-bual dengan kawan-kawan tentang insiden yang menimpa saya pagi tadi, apabila kawan saya memberitahu untuk menggantikan mud guard yang koyak itu, kosnya mungkin kira-kira RM 250..,
Saya terasa seperti hendak menangis!

Ini bukanlah gambar saya dengan MyVi saya.
2 comments:
Kesiannya Pak Busu. Alin pun sedih jugak. Biar Alin tolong nangiskan.
;__;
Terima kasih Alin tolong nangiskan. Hu..hu..hu..
Post a Comment