Wednesday, November 06, 2019

Anwar PM bakal beri nafas baru politik anak muda


Oleh HAIZIR OTHMAN


Menyedari iklim politik nasional yang sentiasa hangat dan kesannya kepada pembinaan generasi muda, MBM sedar peranan yang perlu ia mainkan di luar jalur politik kepartian.

Mengambil jalan tengah di sebalik berkhidmat kepada kerajaan semasa, pertubuhan itu percaya penyelesaian kepada kemelut tersebut ada pada anak muda walaupun dominasi 'orang lama' masih mengakar dalam politik di negara ini.

"Politik kita kini didominasi oleh dua tokoh, Tun Mahathir dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim."

"Mungkin selepas Datuk Seri Anwar jadi Perdana Menteri, kita dapat lihat ada gerakan baru dalam kepimpinan anak muda supaya mereka dapat memberikan nafas baru kepada politik Malaysia," kata Jufitri, optimis.

Menyifatkan anak muda boleh memimpin dengan lebih baik kerana tiada beban sejarah, anak kelahiran Negeri Sembilan itu walau bagaimanapun mahu mereka bergerak ke arah garis kesederhanaan, bukan garis kiri atau kanan yang ekstrim.

"Kepimpinan anak muda lebih segar dan kurang pergeseran melibatkan konflik, isu, skandal dan lain-lain," katanya.


*Disiarkan di Suara Keadilan 429

No comments: