Oleh HAIZIR OTHMAN
Keputusan Rafizi Ramli mengundurkan diri dari politik seperti yang diumumkannya minggu lalu sememangnya mengejutkan. Terutamanya kepada rakan-rakan rapat dan penyokongnya, keputusan tersebut ditanggapi dengan perasaan sedih dan kehilangan.
Rafizi Ramli - Naib Presiden KEADILAN, bekas Ahli Parlimen Pandan, pengasas firma analitik data INVOKE Malaysia. Lebih daripada itu semua, anak muda berusia 42 tahun ini adalah "otak" di sebalik kemenangan bergaya Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 9 Mei tahun lalu.
Pada ketika masih ramai curiga sama ada Umno-BN mampu ditumbangkan selepas memerintah negara selama lebih 60 tahun, Rafizi dengan berani meramalkan HARAPAN akan membentuk majoriti dengan memenangi 111 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia.
Keyakinan inilah yang memandu, mengemudi perjalanan kempen termasuk kepada sesetengah yang pesimis akan kejayaan HARAPAN.
Ramalan yang dibantu dengan kaedah persampelan data ini terbukti apabila HARAPAN, bersama-sama Parti Warisan Sabah (Warisan) mencipta sejarah memenangi PRU-14 dengan meraih 121 kerusi parlimen di seluruh negara.
Kerja kerasnya menjelajah negeri-negeri (Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menyifatkan kerja keras Rafizi tiga kali ganda daripadanya) sepanjang tempoh kempen menjadi kunci kepada kejayaan tersebut, walaupun beliau sendiri tidak menjadi calon pilihan raya atas alasan perundangan.
Ucapan pimpinan KEADILAN
"Rafizi Ramli personaliti luarbiasa, 'public intellectual'. Amat besar sumbangannya terhadap pengukuhan HARAPAN ketika separuh pimpinan berpegang kepada "tanpa Pas, dan pertembungan 3 penjuru, kita kalah". Rafizi tangkas menjelajah seluruh negara, meletak sasaran menang kawasan 'marginal' atau tewas tipis adalah formula menawan Putrajaya.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung KEADILAN
Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal-Ehwal Pengguna
"Sebagai seorang ahli politik yang matang, saya yakin Sdr Rafizi tidak akan berehat terlalu lama daripada politik. Sementara parti menghormati keputusan beliau, namun tentunya, Pakatan Harapan dan rakyat terhutang budi dengan pengorbanan yang telah beliau curahkan dalam memastikan perubahan politik negara berlaku.
Saya yakin beliau akan kembali berpencak di pentas politik negara, dengan idea yang lebih bernas untuk membina Malaysia dan rakyat yang lebih gemilang."
Ketua Penerangan KEADILAN
Timbalan Menteri Industri Utama
"Sdr Rafizi banyak berjasa kepada rakyat, parti dan negara. Kesungguhan beliau membongkar kebobrokan dan salah laku membuka mata rakyat kepada ketidakadilan. Strategi beliau serta pasukan membuahkan hasil, membuktikan kehandalan beliau.
Sdr Rafizi bagai lilin membakar diri memberi cahaya buat semua. Harapan saya dan rakyat ialah Sdr Rafizi kembali berkhidmat dalam politik pada masa hadapan."
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Ahli Parlimen Lembah Pantai
"Rafizi pemimpin yang amat pintar. Bersedia berkongsi ilmu pengetahuan dan bekerja amat kuat. Penuh disiplin dan tidak bertolak ansur dengan rasuah dan pencuri harta rakyat.
Saya berdoa beliau akan kembali ke pentas politik tanah air tanah air dan memimpin negara."
Johari Abdul
Ketua Whip Pakatan Harapan
Ahli Parlimen Sungai Petani
"Rafizi akan sentiasa jadi sebahagian daripada gerakan reformasi Malaysia."
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Pengerusi MPN Johor
Ahli Parlimen Ledang
"Parti dan negara kehilangan bakat besar susulan pengunduran Rafizi dari politik. Dunia perniagaan Malaysia walau bagaimanapun, beroleh seorang bakat baru. Rafizi telah memberi impak besar kepada politik Malaysia.
"Berbanyak terima kasih kepada Sdr Rafizi yang membantu saya dalam kempen PRU-14 lalu sehingga memenangi Parlimen Pasir Gudang dengan majoriti besar. Beliau menolong bukan sahaja melalui Invoke tapi secara peribadi datang berkempen bukan sahaja di Pasir Gudang tetapi di seluruh Johor, kami terhutang budi.
*Disiarkan di Suara Keadilan 432



No comments:
Post a Comment