Wednesday, December 04, 2019

XTVT dibangun anak tempatan, mampu saingi produk asing



Mahu acara besar seperti Tahun Melawat Malaysia 2020 dimanfaatkan sepenuhnya rakyat negara ini, Bakhtiar meluahkan rasa bangganya dengan kelahiran aplikasi XTVT yang dibangunkan sepenuhnya anak tempatan.

XTVT merupakan aplikasi pelancongan bagi memudahkan pelancong mencari aktiviti-aktiviti menarik dan kawasan-kawasan tumpuan dalam negara.

Dibangunkan sekumpulan anak muda diketuai Abdul Muizz Mohammad Khuzaini yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CiEdge Adventure, aplikasi ini jelas Bakhtiar memenuhi hasrat kerajaan untuk membangunkan sektor pelancongan di negara ini, dan pada masa sama memberi peluang kepada anak tempatan beroleh manfaat daripadanya.

Menurutnya lagi, ia juga mampu jadi alternatif kepada kebanjiran produk-produk pelancongan asing seperti TripAdvisor, Trivago, Klook dan sebagainya yang hanya memanfaatkan syarikat pemiliknya yang beroperasi di luar negara.

"Kalau kita cukup kreatif dan ada keghairahan, kita boleh bangunkan produk kita sendiri," katanya, mengambil contoh Matahari Cycle Tours & Travel Sdn Bhd milik dua anak tempatan yang memanfaatkan minat berbasikal mereka untuk membangunkan produk berbasikal sambil bersiar-siar di sekitar Balik Pulau, Pulau Pinang.


*Disiarkan di Suara Keadilan 431


No comments: